Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta mewah, elektrik masa depan Asia dipamer

    GOYANG, Korea Selatan, 30 Mac – Pameran auto terbesar di Korea Selatan menampilkan pandangan masa depan kereta dan kenderaan elektrik premium Asia, serta usaha daripada auto Asia dan syarikat teknologi untuk bersaing dalam bidang pemanduan atomatik.

    Pameran Seoul Motor Show yang diadakan tiap dua tahun sekali itu dirasmikan pada Jumaat di Goyang, utara Seoul, selama 10 hari.

    Sebanyak 243 kenderaan telah dipamerkan.

    Dua daripadanya membuat kemunculan perdana dunia: kenderaan elektrik hibrid Grandeur, Hyundai Motor dan kenderaan utiliti sport Rexton G4, Ssangyong Motor.

    Sementara 18 yang lain juga akan membuat kemunculan Asia mereka.

    Model-model bergambar di samping kereta Konsep Sel Bahan Api FE, Hyundai Motor semasa previu media dalam Seoul Motor Show 2017 di Goyang, Korea Selatan pada 30 Mac. Pameran akan diadakan bermula 31 Mac sehingga 9 April dengan 27 jenama mempamerkan kereta terbaru bersama konsepnya. – AP
    Model-model bergambar di samping kereta Konsep Sel Bahan Api FE, Hyundai Motor semasa previu media dalam Seoul Motor Show 2017 di Goyang, Korea Selatan pada 30 Mac. Pameran akan diadakan bermula 31 Mac sehingga 9 April dengan 27 jenama mempamerkan kereta terbaru bersama konsepnya. – AP

    Walaupun biasanya kecil daripada pameran auto di Frankfurt, Detroit atau Shanghai, bagaimanapun pameran Seoul Motor Show itu adalah tempat untuk mengetahui trend auto dan cita rasa pengguna dalam kalangan penetapan trend, pengguna gemar teknologi di benua yang paling ramai penduduknya di dunia.

    Tahun ini menonjolkan kereta mewah sedan pertama Kia Motor, Stinger, yang melancarkan era baru bagi kereta sport premium di Korea Selatan, rumah kepada kumpulan automotif kelima terbesar di dunia.

    Manakala jenama Volkswagen dan Audi ketinggalan pameran itu, selepas Korea Selatan membatalkan penjualan berpuluh-puluh model kenderaan diesel mereka kerana didapati menggunakan ujian penipuan pengeluaran wasap. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda