Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kereta musnah dijilat api

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Sebuah kereta musnah dalam insiden kebakaran yang terjadi di kawasan Kampung Tagap Selayun, Sengkurong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi F dengan diketuai oleh DSO Serudin bin Haji Osman telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3:39 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa api besar telah membakar keseluruhan kereta tersebut di atas jalan raya semasa dalam perjalanan. 

    Anggota bomba segera memakai alat pernafasan dan bertindak memadam kebakaran tersebut dan api dapat dipadamkan dalam masa 5 minit dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. 

    Kenyataan turut menyatakan bahawa tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu.

    JBP dalam kenyataannya lagi menyarankan orang ramai supaya sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik, sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah, kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba memadamkan api yang membakar keseluruhan kereta dalam insiden yang berlaku di kawasan Kampung Tagap Selayun, Sengkurong, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...