BARCELONA, 28 Feb – Lewis Hamilton memberikan amaran kepada pesaing gelarannya semalam, dengan mengetepikan Sebastian Vettel dari Ferrari pada hari pembukaan ujian pra musim di Barcelona dengan kereta ‘pemangsa’ Mercedes.
Vettel mengungguli senarai masa pada sesi pertama tetapi Hamilton dari Britain, mengambil alih pemanduan kereta Mercedes 2017 dari rakan sepasukan Valtteri Bottas, yang mencatatkan pusingan terbaik pada hari tersebut dengan catatan masa satu minit dan 21.76 saat.
Bottas dari Finland, pengganti juara dunia Nico Rosberg di Mercedes, mengungguli masa pada satu peringkat pada waktu pagi tetapi tercicir ke kedudukan keenam terpantas pada keseluruhannya selepas Hamilton mengambil alih kokpit.
Bottas gembira selepas ujian signifakannya yang pertama bersama rakan barunya.
“Ia menggembirakan,” kata Bottas. “Saya hanya bermula sebulan lalu, tetapi apa yang saya lihat adalah mengagumkan.”

Hamilton, gembira dengan pemilik baru F1, Liberty Media yang fokus ke atas mempromosikan interaksi lebih baik dengan peminat-peminat sukan itu dalam media sosial, melakukan aksi secara langsung dari kokpit dalam akaun Instagram miliknya.
Juara dunia tiga kali itu berkata selepas itu: “Saya meletakkan tubuh saya kepada ujian hari ini.
“Ujian ini adalah seperti latihan. Ia adalah bagus untuk merasakan kereta yang lebih luas, menarik. Ia lebih laju, lebih fizikal, ia adalah pemangsa.
“Anda perlu memandunya sedikit berbeza. Ia lebih baik berbanding kereta tahun lepas.”
Pemandu itu, 32, menambah: “Saya masih merasakan kami adalah pasukan yang perlu ditewaskan, tetapi kami masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan.”
Dengan peraturan-peraturan baru bagi kereta F1 2017, ia yang lebih lebar dan bertenaga berbanding sebelumnya. – AFP