Kereta pertama Vietnam 17 Jun

HANOI, 14 JUN – Pengeluar kereta Vietnam VinFast akan menyerahkan kereta pertamanya pada 17 Jun, kata syarikat hari ini ketika ia memaparkan sebuah kilang di salah satu ekonomi yang berkembang paling pesat di Asia.

VinFast berkata ia akan membekal pasaran domestik yang berkembang pesat disebabkan pertambahan kelas pertengahan dengan permintaan yang meningkat untuk kereta, walaupun ia akan menghadapi persaingan sengit dari syarikat terkenal seperti Toyota dan Ford.

Pengeluar kereta itu ialah satu subsidiari konglomerat swasta terbesar Vietnam, Vingroup, yang dimiliki oleh lelaki terkaya negara, jutawan yang memulakan kerjayanya menjual mi kering di Ukraine.

Ia berusaha mengeluarkan kenderaan yang termasuk model sedan dan SUV, di samping e-skuter dan bas elektrik.

“Dalam masa kurang 72 jam, kereta berjenama Vietnam pertama akan dipandu di jalan raya Vietnam,” kata ketua pengarah Vingroup Nguyen Viet Quanghe.

Quang, bercakap di kilang di Haiphong di mana deretan kereta warna merah, putih dan kelabu sedang dipasang, berkata syarikat telah menerima tempahan untuk 10,000 buah kereta dan ‘berpuluh ribu’ e-skuter. – AFP

Pekerja bekerja di kilang pemasangan kereta di kilang kereta baharu VinFast, pengeluar kereta domestik pertama Vietnam di Haiphong kelmarin. – AFP