Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta ranap dalam kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Satu insiden kebakaran kereta telah dilaporkan berlaku di Rancangan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, baru-baru ini, di mana api besar membakar keseluruhan sebuah kereta jenis sedan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), sembilan orang anggota dari Balai Bomba Muara yang diketuai oleh ASO Kamis bin Haji Salim dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 11:44 malam.

    Api berjaya dipadamkan keseluruhannya dalam masa lima minit dengan sumber air diperoleh dari tangki jentera bomba.

    Sehubungan itu, JBP dalam kenyataannya terus menyarankan orang ramai untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai disarankan untuk menghubungi terus talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas memadamkan kebakaran kereta yang berlaku di RPN Kampung Tanah Jambu, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda