Oleh Sim Y.H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Sebuah kereta tinggal rangka setelah terlibat dalam insiden kebakaran di kawasan Kampung Batong, kelmarin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, sembilan orang anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Cawangan Operasi F yang diketuai oleh ASO Haji Aedanan bin Haji Kurus dikejarkan ke insiden kebakaran kereta di kawasan Kampung Batong pada pukul 3:46 petang.
Kenyataan menyatakan bahawa apabila tiba di tempat panggilan anggota bomba dan penyelamat mendapati api besar membakar keseluruhan kereta tersebut di atas jalan raya semasa dalam perjalanan dan bertindak memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan aliran hos.
Api tersebut berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 1 minit dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Manakala, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P6-4A-crop-saja-gambar_06052022.jpg)