Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kereta rentung dijilat api

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Sebuah kereta tinggal rangka setelah terlibat dalam insiden kebakaran di kawasan Kampung Batong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, sembilan orang anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Cawangan Operasi F yang diketuai oleh ASO Haji Aedanan bin Haji Kurus dikejarkan ke insiden kebakaran kereta di kawasan Kampung Batong pada pukul 3:46 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila tiba di tempat panggilan anggota bomba dan penyelamat mendapati api besar membakar keseluruhan kereta tersebut di atas jalan raya semasa dalam perjalanan dan bertindak memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan aliran hos.

    Api tersebut berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 1 minit dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Manakala, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Anggota bomba dan penyelamat semasa berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta di kawasan Kampung Batong. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...