Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta salon musnah terbakar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sebuah kereta jenis salon musnah keseluruhannya dalam kejadian kebakaran yang berlaku berdekatan dengan Lebuhraya Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, hari ini, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 12:07 tengah hari dan enam orang anggota dari Balai Bomba Berakas yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Haji Jublee bin Haji Jalil dikejarkan ke tempat kejadian.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, mereka mendapati api besar membakar keseluruhan sebuah kereta jenis sa-
    lon berwarna pearl.

    Anggota bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal api berkenaan dalam masa 7 minit.

    Pemandu kereta berkenaan ialah seorang perempuan warga tempatan bersama tiga orang penumpang yang telah pun keluar dengan selamat sebelum jentera bomba tiba di tempat kejadian.

    Kenyataan menjelaskan lagi bahawa punca dan kerugian daripada kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

    JBP dalam kenyataan itu lagi, menyarankan orang ramai untuk meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan kebakaran kereta, memastikan pemasangan pendawaian bagi peralatan elektrik di kenderaan dilaksanakan oleh pekerja bengkel yang bertauliah supaya pendawaian yang dibuat adalah dengan cara yang betul, dinasihatkan untuk mempunyai alat pemadam api dalam kereta, serta bagi kenderaan yang melebihi usia tujuh tahun ke atas dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di bengkel-bengkel yang mahir dan bertauliah.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai hendaklah menghubungi terus ke Pusat Gerakan JBP di talian 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memadamkan kebakaran pada sebuah kereta, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda