Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta sorong jatuh ke landasan kereta api, 2 maut

    SYDNEY, 21 JULAI – Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki maut selepas sebuah kereta sorong anak damit terjatuh ke atas landasan di stesen kereta api di bahagian selatan Sydney pada hari ini, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

    Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian di Stesen Kereta Api Carlton kira-kira 12:25 tengah hari waktu tempatan.

    Terdahulu, pihak berkuasa menerima laporan berkaitan insiden sebuah kereta sorong anak damit membawa dua kanak-kanak terjatuh dari platform ke landasan.

    Mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

    Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang wanita berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.

    Menurut polis, tiada unsur jenayah berhubung insiden itu buat masa ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda