Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta terbakar di kawasan letak kereta

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengesahkan menerima panggilan kebakaran sebuah kereta di Letak Kereta Jalan Ong Sum Ping pada pukul 12:19 tengah hari tadi.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa dua buah jentera dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Balai Bomba Beribi telah dikerahkan ke tempat kejadian.

    Anggota bomba dan penyelamat apabila sampai di tempat kejadian, mendapati api besar pada sebuah kereta lalu merebak kepada tiga buah kereta yang berdekatan. Sepasukan anggota bomba lengkap dengan memakai alat pernafasan bertindak memadam kebakaran menggunakan satu hos jet.

    Dalam kejadian berkenaan, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dengan
    punca kebakaran masih dalam siasatan.

    Kereta yang terbakar dalam insiden tersebut. – GAMBAR DARI WHATSAPP
    GAMBAR DARI WHATSAPP
    GAMBAR DARI WHATSAPP
    GAMBAR DARI WHATSAPP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda