Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta Tesla buatan China dieksport ke Korea Selatan

    SHANGHAI, 24 JULAI – Tesla Shanghai Gigafactory mula mengeksport kereta Model Y (pacuan roda belakang) keluarannya ke Korea Selatan baru-baru ini, kali pertama kenderaan Tesla buatan China memasuki pasaran negara itu, lapor Xinhua memetik syarikat berkenaan.

    Sebelum ini, kenderaan Tesla yang dieksport ke Korea Selatan dihasilkan di kilang Fremont di Amerika Syarikat.

    Kilang Shanghai merekodkan jumlah penghantaran global sebanyak 476,500 kenderaan pada separuh pertama (H1) tahun ini, kira-kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penghantarannya tahun lepas.

    Pada masa ini, sebuah kenderaan boleh disiapkan dari barisan pengeluaran dalam masa kurang daripada 40 saat di kilang dan lebih 95 peratus alat ganti kereta boleh dibekalkan secara tempatan.

    elain itu, kilang Shanghai turut mengeksport kenderaan termasuk Model 3 dan Model Y ke Thailand buat kali pertama pada awal tahun ini, menurut syarikat itu. – Bernama

    Kereta elektrik dipamerkan di Ekspo di Washington pada 23 Julai 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda