Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta warga Brunei terbakar

    Oleh Rokiah Mahmud

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Berpantang maut sebelum ajal, mungkin bertepatan dengan nasib seorang lelaki warga Brunei berusia 33 tahun yang terselamat meskipun keretanya tiba-tiba terbakar di sempadan antara Miri dan Brunei pada tengah malam baru-baru ini.

    Insiden itu berlaku di lebuh raya Kuala Baram menuju ke Pos Kawalan Imigresen Miri. Ketika ia berlaku, Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melaporkan mengenai kebakaran itu.

    Apabila anggota bomba tiba, mereka mendapati kereta itu sudah pun rentung.

    Manakala dalam kemas kini terkini Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, mengatakan kereta itu tiba-tiba terbakar namun tiada kenderaan lain terlibat dalam insiden tersebut.

    Anggota bomba memadamkan kereta yang terbakar. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda