Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja cuci tangki air di Mengkubau hari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa kerja-kerja mencuci tangki sump Mengkubau akan dijalankan esok (18 Januari).

    Sehubungan itu, beberapa kawasan termasuk RPN Kampung Panchor, Mengkubau dan kawasan di sekitarnya akan berkemungkinan mengalami tekanan air rendah (terutama kawasan-kawasan tanah tinggi).

    JKR menjelaskan, kerja-kerja pencucian akan dijalankan bermula dari pukul 9 pagi hingga selesai.

    Untuk sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau permohonan pembekalan lori
    tangki air, hubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda