Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja cuci tangki air Kampung Katok B hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa kerja-kerja pencucian tangki air Kampung Katok B akan dilaksanakan pada 26 Julai bermula 9 pagi sehingga 2 petang.

    Oleh yang demikian, menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, beberapa kawasan iaitu perumahan Kampung Katok B, sekolah menengah Arab Katok B dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    Jabatan berkenaan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    JKR juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda