PENYANYI Camila Cabello terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus selepas membuat kemunculan di Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMAs 2018) yang berlangsung baru-baru ini. Daily Mail melaporkan, Camila mengalami keletihan melampau berikutan tidak mendapat rehat yang cukup selain mengadakan dua persembahan di BBMAs 2018. Penyanyi itu turut mengalami demam panas dan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.