Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan mengenai penutupan sebahagian jalan sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula dari lampu isyarat Telanai sehingga Jambatan Edinburgh.
Menurut kenyataan, penutupan tersebut akan dilaksanakan esok (4 Mac) sehingga kerja-kerja pemotongan dan pencantasan pokok di sepanjang jalan berkenaan siap dilaksanakan yang dijangka selama dua bulan, bermula pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.
Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas serta mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan, bolehlah menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 dan e-mel pro@pwd.gov.bn.