Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja-kerja cuci tangki air 31 Disember

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai bahawa kerja-kerja pencucian tangki air akan dijalankan pada 31 Disember bermula pukul 9 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Antara kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kampung Masin, Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai, Kampung Bebatik Kulapis, Bebatik Kilanas, Kampung Mulaut, Jalan Limpaki, Jalan Lubok Sigurun dan kawasan sekitarnya.

    Jabatan berkenaan turut menyatakan bahawa tangki biru akan ditempatkan di Flat JKR Sinarubai.

    Sehubungan itu, sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau permohonan pembekalan lori tangki air, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam
    123.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda