Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja-kerja cuci tangki Putat hari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa kerja-kerja pencucian tangki Putat akan dilaksanakan esok bermula pukul 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya, menyatakan bahawa penduduk Kampung Putat dan kawasan sekitarnya yang akan mengalami masalah bekalan air disarankan untuk menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang permohonan pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Sebarang kesulitan adalah dikesali dan pihak jabatan berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda