Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja-kerja cuci tangki ‘sump’ Tanah Jambu B hari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan hari ini memaklumkan orang ramai mengenai kerja-kerja pencucian tangki ‘sump’, Tanah Jambu B yang akan dilaksanakan esok bermula 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, kerja-kerja pencucian berkenaan akan menjejaskan penduduk di kawasan sepanjang Jalan Binglu, Jalan Wasai Limuru, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu dan sekitarnya.

    Oleh itu, mereka yang mengalami masalah bekalan air disarankan untuk menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang permohonan pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda