BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan lampu di Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) pada 3 Julai ini sehingga kerja-kerja selesai dijalankan.
JKR dalam kenyataan hari ini mengatakan penggantian lampu akan melibatkan penutupan separuh jalan di lokasi 1 dan penutupan sepenuh jalan di lokasi 2 (rujuk peta) bermula jam 8 malam pada hari berkenaan. Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati melalui kawasan tersebut di samping mematuhi papan tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam:123/Livechat +6738333123 dan e-mel pro@pwd.gov.bn.