Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja-kerja pemasangan kabel di Jambatan SHOAS

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pemasangan kabel. – GAMBAR SERAHAN JKR

     

    Oleh Sim Y. H. 

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemasangan Kabel 66kV di jambatan berkenaan yang akan dijalankan bermula esok hingga 3 Julai.

              Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pemasangan kabel dilaksanakan di KM BM10.1 sehingga KM BM8.8, hala Brunei dan Muara bermula pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang.

              JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda