Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemeriksaan kabel 66kV di jambatan berkenaan yang dijalankan bermula hari ini hingga 12 Julai dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan kerja-kerja pemeriksaan kabel berkenaan dilaksanakan di KM BM6.4 hingga KM BM5.4, hala Brunei Muara.
Sehubungan dengan itu, pihak JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan telah disediakan dan menasihatkan para pengguna jambatan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut serta mematuhi had laju yang dibenarkan.



