Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kerja-kerja menandakan garis jalan di Jalan Utama Tanah Jambu dan Jalan Muara berdekatan dengan Jejambat Tanah Jambu akan diadakan pada 16 Julai jam 10 malam sehingga kerja-kerja selesai.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menasihatkan kepada orang ramai khususnya para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

