Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja-kerja penyelenggaraan di Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di jambatan berkenaan yang dijalankan pada 2 hingga 9 November, dari jam 8 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di jambatan berkenaan dilaksanakan di BM 17.7KM sehingga BM 16.1KM, hala Brunei Muara.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah dibenarkan.

    Lokasi kerja pemasangan kabel di jambatan berkenaan. GAMBAR-GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR
    Lencongan yang disediakan.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda