Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kerja melapis aspal di Jambatan SHOAS bermula hingga 5 April

    Oleh Sim Y.H –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja melapis semula aspal di jambatan berkenaan yang dijalankan pada hari ini hingga 5 April.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja melapis semula aspal, yang bermula pukul 7:30 pagi hingga 5 petang, itu dilaksanakan di KM BM26 sehingga KM BM25.8, hala Kota Batu.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan.

    ATAS & BAWAH : Kerja-kerja melapis semula aspal dilaksanakan di KM BM26 sehingga KM BM25.8, hala Kota Batu. – GAMBAR SERAHAN JKR
    GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...