Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 23 OKT – Lebih 20 ahli Jawatankuasa Rumah Panjang Teraja telah menganjurkan kerja-kerja membaiki dan mengganti titian serta laluan menuju ke Wasai Teraja baru-baru ini.
Memandangkan kebanyakan laluan itu ditutup akibat pokok tumbang dan menyukarkan perjalanan ke wasai, ahli jawatankuasa telah memotong pokok tumbang dan melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang laluan itu bagi memastikan penduduk dan pengunjung selamat melaluinya.
Selain itu, titian-titian untuk menyeberangi anak sungai juga telah selesai diganti bagi keselesaan dan keselamatan pengunjung. Dengan kerja yang siap, jawatankuasa berharap ia akan membantu memudahkan perjalanan ke dan dari wasai tersebut.
Jawatankuasa itu menyatakan bahawa 569 individu telah melawat Rumah Panjang dan Wasai Teraja sejak awal tahun ini.