Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja naik taraf Kompleks Sukan Labuan ikut jadual

    LABUAN, 10 JULAI – Projek menaik taraf Kompleks Sukan Labuan bernilai RM17.4 juta memuaskan dengan kerja-kerja menaik taraf sudah mencapai 42 peratus siap setakat ini, menurut Pengarah Kerja Raya Labuan, Mohd Faizul Mohd Ali Hanafiah.

    Beliau berkata pembangunan projek berkenaan dipantau rapi dan dinilai oleh pasukan jurutera, arkitek dan teknikal jabatan berkenaan.

    “Projek yang dimulakan pada Disember 2021 ini, dijadual siap pada April 2024,” katanya kepada Bernama, hari ini.

    Menurut Mohd Faizul, walaupun mengalami kelewatan sebanyak 14 peratus ekoran kesukaran mendapatkan bahan binaan dari tanah besar Sabah terutama bagi pembinaan bumbung grandstan, kontraktor utama mematuhi syarat projek dengan tenaga kerja mencukupi.

    “Kami memahami keperluan mendesak kemudahan sukan di kompleks sukan oleh badan sukan, atlet tempatan dan badan bukan kerajaan. Kami akan terus mengadakan taklimat berkala berkaitan kemajuan projek dengan pihak kontraktor bagi memastikan kelancaran projek mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

    Beliau berkata projek berkenaan merangkumi kerja menaik taraf padang bola sepak, trek balapan serta gelanggang badminton dan tenis di dewan serba guna.

    Katanya kolam renang sedia ada pula akan dirobohkan berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi. – Bernama

    Projek menaik taraf Kompleks Sukan Labuan bernilai RM17.4 juta memuaskan dengan kerja-kerja menaik taraf sudah mencapai 42 peratus siap setakat ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda