Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja naik taraf Labuan Liberty Port telan belanja RM10 juta

    LABUAN, 31 MAC – Labuan Liberty Port, pelabuhan kontena utama pulau bebas cukai itu telah menjalani kerja-kerja menaik taraf menyeluruh dengan pelaburan lebih daripada RM10 juta sejak tiga tahun lalu.

    Kerja menaik taraf itu menumpukan terutamanya untuk meningkatkan langkah keselamatan dan kecekapan operasi di pelabuhan tersebut.

    Penambahbaikan utama termasuk menurap limbungan kontena dengan konkrit untuk memastikan operasi susunan kontena yang lebih selamat dan cekap, menaik taraf kemudahan gudang untuk menampung peningkatan kapasiti penyimpanan kargo, pemasangan pagar besi baharu di sekeliling pelabuhan, dan yang terbaharu menaik taraf pejabat pentadbiran.

    Ketua pegawai operasi Megah Port Management Sdn Bhd (MPM), Datuk Seri Patrick Tiong, pengendali pelabuhan itu berkata pelaburan yang besar untuk kerja menaik taraf itu amat diperlukan bagi memastikan kemampanan jangka panjang operasi. – Bernama

    Dr Zaliha (dua, kanan), mendengar taklimat daripada Tiong (kanan) ketika membuat lawatan kerja di Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan pada 31 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda