Oleh Salawati Haji Yahya
KUALA BELAIT, 25 OGOS – Beberapa kawasan di daerah Belait akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan kerja-kerja pemasangan injap baru di loji rawatan Agis-Agis pada 26 Ogos ini.
Jabatan Kerja Raya memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Kampung Keluyoh, Mukim Labi, Mukim Bukit Sawat, Mukim Sukang, Mukim Melilas, Kampung Sungai Mau, Kampung Bukit Puan dan kawasan sekitarnya.
Kerja-kerja tersebut akan bermula pada pukul 9 malam hingga kerja-kerja selesai dan untuk permohonan pembekalan air tanker, sila hubungi Talian Darussalam 123.


