Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja pembaikan asas jalan, penurapan asfalt sedang dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Jabatan Kerja Raya memaklumkan penutupan sementara lorong tengah di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah menghala Gadong akan bermula 25 September hingga 9 Oktober ini.

    Penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan asas jalan berkenaan yang bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dan ia tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sementara itu, separuh jalan di Lebuh raya Tungku menghala Jerudong juga akan ditutup sementara pada 26 September hingga 10 Oktober dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dan ini juga tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Penutupan sementara itu adalah disebabkan kerja-kerja menurap asfalt di lebuh raya berkenaan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan di dua lokasi berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang ditetapkan.

    Gambar menunjukkan lokasi penutupan jalan di Lebuh raya Tungku menghala Jerudong. – GAMBAR SERAHAN JKR
    GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda