Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kerja-kerja pembaikan jalan raya di sepanjang Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) bagi kedua-dua hala akan bermula pada 7 hingga 10 Februari ini.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), lokasi kerja-kerja tersebut T9.3Km hingga T1.3KM iaitu menghala Temburong dan BM 26.2KM hingga BM6.7km iaitu menghala Brunei-Muara, dan kerja-kerja tersebut akan bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 5:30 petang.
Sehubungan itu, jalan lencongan disediakan dan pengguna jambatan tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.