Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Padang Tembak PPDB Sungai Akar, Bangunan Jabatan Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan sekitarnya, berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan paip air bocor berpunca daripada tanah susur.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berkenaan disebabkan kerja-kerja segera pembaikan paip air bocor disebabkan tanah susur berdekatan padang tembak PPDB Sungai Akar, Jalan Utama Mentiri dengan kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada masa ini.
Sehubungan itu, kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Mereka yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker boleh menghubungi Talian Darussalam 123.
