Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja pembaikan paip air bocor di Telanai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Kerja-kerja segera pembaikan paip air inlet bocor menuju ke Tangki Air Telanai sedang dilaksanakan pada masa ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Kawasan-kawasan terjejas ialah Kampung Telanai dari Simpang 53 hingga Simpang 130, Jalan Permaisuara Simpang 111, Royal Flight Housing Telanai, Sekolah Rendah Beribi Telanai, sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dari Simpang 402 hingga Simpang 480 dan kawasan sekitarnya.

    Sementara itu, JKR ada menyediakan tangki biru di beberapa lokasi di Telanai iaitu Sekolah Rendah Beribi Telanai dan Simpang 179, Jalan Telanai.

    Orang ramai yang ingin memohon pembekalan air tangki, boleh meng-hubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda