Oleh Sim Y. H.
TUTONG, 19 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Jalan Rumpau, Jalan Pulau Lamu, Kampung Bang Ligi, Kampung Bukit, Kampung Long Mayan, Kampung Melaboi dan kawasan sekitarnya, Daerah Tutong, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah pada masa ini disebabkan kerja-kerja pembaikan paip-paip bocor berhampiran Tangki Air Talat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan
orang ramai yang ingin membuat permohonan pembekalan air tanker, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.