Oleh Sim Y. H.
TUTONG, 9 JUN – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja segera pembaikan paip air bocor di Jalan Paya Pelambang, Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong sedang dilaksanakan pada masa ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, hari ini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan seperti Jalan Paya Pelambang, Jalan Beliling Uai dan Jalan Kayu Sumah, Perumahan Negara Bukit Beruang dan kawasan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan perkhidmatan tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 supaya ia dapat ditangani dengan segera.
