Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kerja pembaikan paip di Lebuhraya Muara-Tutong siap dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai, hari ini, kerja-kerja pembaikan paip air utama di Lebuhraya Muara-Tutong telah selesai dilaksanakan pada pukul 12 tengah malam
    tadi.

    Menurut kenyataan JKR kelmarin, paip air utama berukuran 762mm di Lebuhraya Muara-Tutong telah mengalami kebocoran dan kerja-kerja pembaikan segera dijalankan.

    Kerja-kerja pembaikan berkenaan menjejaskan beberapa kawasan iaitu RPN Lambak Kanan, Akademi Pertahanan ABDB, sebahagian RPN Tanah Jambu, RPN Meragang, Kampung Salambigar dan Sekitar yang mengalami tekanan air rendah atau gangguan bekalan air.

    JKR menyatakan, bekalan air akan kembali pulih tapi ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan kawasan-kawasan tinggi mungkin masih mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...