Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa Kolam Renang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di bawah kawalannya masih lagi ditutup kepada orang ramai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, KKBS menjelaskan bahawa penutupan tersebut adalah kerana kerja-kerja pembaikan pam yang dimulakan pada 19 November lalu dan masih dalam proses pembaikan sehingga kini.
Menurut kenyataan berkenaan, kolam renang akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan dan akan dimaklumkan kemudian.