Sunday, November 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja pembaikan penutup lurang dilaksana

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Sebahagian jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah berdekatan Pusing Keliling Manggis akan ditutup sementara bermula 7 Ogos hingga kerja-kerja selesai.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan bahawa penutupan sementara dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan penutup lurang pembetungan untuk dilaksanakan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Gambar menunjukkan kawasan penutupan jalan bagi kerja-kerja pembaikan penutup lurang pembetungan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda