Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai kerja-kerja pembersihan dinding parapet Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS) bermula kelmarin hingga 6 September.
JKR menyatakan bahawa kerja-kerja pembersihan dari pukul 5 petang hingga kerja-kerja selesai berkenaan adalah di Jambatan SHOAS KMM26.5-BM15.5 hala Brunei dan Muara.
Jabatan itu menyatakan bahawa jalan lencongan telah disediakan dan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi hal laju yang dibenarkan ketika melalui kawasan berkenaan.
