Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja pemeriksaan pam minyak di seluruh negara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak seluruh negara akan bermula pada Julai, yang dilaksanakan oleh Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Kerja-kerja berkenaan dijalankan selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 yang mewajibkan semua alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan agar sentiasa tepat, sah dan berdaftar dengan Unit SDT.

    Untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan orang ramai dan para tenaga kerja sepanjang tempoh pemeriksaan, stesen-stesen minyak yang terlibat akan ditutup sementara mulai jam 9 pagi sehingga selesai, dengan tempoh anggaran dua jam bagi setiap stesen.

    Sehubungan itu, penutupan sementara stesen-stesen minyak di Daerah Brunei dan Muara pada bulan Julai 2025 iaitu 3 Julai di Stesen Minyak Gadong Sdn Bhd, 7 Julai di Stesen Minyak IBA Sdn Bhd Brunei Muara, 8 Julai di Stesen Minyak Pekan Muara Sdn Bhd, 9 Julai di Stesen Minyak Amanah Haji Abdullah Panglima Raja Othman, 10 Julai di Stesen Minyak Shahryza, 12 Julai di Stesen Minyak Hajah Badariah dan Anak-anak, 14 Julai di Stesen Minyak Koperasi Usahajaya Pekira Bhd. Manakala di Daerah Tutong, Stesen Minyak Perusahaan Cahaya Pakatan Berhad pada 22 Julai, Stesen Minyak KODRAT Berhad (Koperasi Dataran Gong Tiga) pada 23 Julai, Daerah Belait Stesen Minyak Roxana pada 29 Julai dan Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu pada 30 Julai serta Stesen Minyak Negalang Maju Sdn Bhd Temburong pada 31 Julai.

    Pemeriksaan dan penelitian ini merupakan pemeriksaan rutin yang dijalankan sebanyak tiga kali setahun.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel di sdt@mofe.gov.bn atau talian 2334092.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda