Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja penebangan pokok di Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai terutama para pengguna jalan raya bahawa sebahagian jalan iaitu laluan perlahan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) ditutup sementara bermula pukul 1 petang hari ini.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa penutupan sebahagian jalan iaitu laluan perlahan berkenaan, menghala ke Daerah Temburong berhampiran pusing keliling Labu Estate, adalah bagi membolehkan kerja-kerja penebangan pokok-pokok di sepanjang jalan tersebut dapat dilaksanakan.

    Jalan berkenaan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pemotongan pokok berkenaan selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta berhemah dan bertimbang rasa selaku pengguna jalan raya dan mematuhi peraturan-peraturan jambatan dan papan-papan tanda lalu lintas serta mematuhi had laju yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel permit.jambatan@pwd.gov.bn atau pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan sebahagian jalan yang akan ditutup sementara. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda