Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja penggantian paip di Jambatan Bendahara Lama

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai kerja-kerja kecemasan penggantian paip air berukuran 4000mm di Jambatan Bendahara Lama yang sedang giat dilaksanakan masa ini.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi iaitu Kampung Bendahara Lama, Kampung Tajuddin Hitam, Kampung Tamoi Tengah dan Kampung Tamoi Ujung serta kawasan sekitarnya.

    JKR memberi jaminan bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin dan menyeru orang ramai untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda