Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara lorong tengah dan lorong kiri Lebuhraya Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hala Gadong yang bermula kelmarin hingga esok pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan penutupan sementara lorong-lorong berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja menurap asfalt di lorong berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.