Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akan berlaku pada 30 November dari pukul 9 malam hingga 3 pagi.
Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah itu di sebabkan kerja-kerja penyambungan paip inlet tangki Rimba Fasa 5 yang berukuran 450mm yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.
Sehubungan itu, kawasan yang terjejas ialah kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Kampung Rimba Jalan 99, Jalan 127, Jalan Rimba Hill dan kawasan sekitarnya.
Pihak jabatan ingin memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung bekalan air.