Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja penyelenggaraan di Jejambat Berakas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Berakas, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah bermula esok hingga 9 Julai.

    JKR menerangkan bahawa penutupan sementara dari pukul 10 malam hingga 6 pagi itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan penutupan sebahagian jalan di Jejambat Berakas, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah hingga 9 Julai. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda