Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai, beberapa kawasan di daerah Belait akan mengalami tekanan air rendah terutama kawasan tanah tinggi disebabkan kerja penyucian tangki air.
Kerja-kerja penyucian tangki air ‘A1’ di Jalan Parak Perumahan Negara Panaga akan dilaksanakan pada esokm 21 Oktober bermula pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai, dan kawasan yang terlibat Jalan Parak, Perumahan Negara Panaga dan kawasan sekitarnya.

Manakala pada 22 Oktober, kerja penyucian tangki akan dilaksanakan di Tangki Air ‘A1’, Jalan Kalajiau, Perumahan Negara Panaga dari pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai, dan kawasan yang terlibat Jalan Kalajiau, Perumahan Negara Panaga dan kawasan sekitarnya.

Sementara kerja penyucian tangki air juga akan dilaksanakan di tangki air Biadong Ulu pada 23 Oktober dari pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai dan kawasan yang terlibat disebabkan kerja-kerja itu, Rumah Panjang Biadong Ulu dan kawasan sekitarnya.
Sehubungan itu, untuk sebarang permohonan pembekalan air tanker, sila hubungi Talian Darussalam 123.

