Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja roboh bangunan yang terbakar di Sydney dimulakan

    SYDNEY, 30 MEI – Pihak berkuasa tempatan New South Wales (NSW), Australia hari ini memulakan kerja-kerja merobohkan sebuah bangunan yang disenaraikan sebagai warisan di Surry Hills, Sydney, selepas bangunan itu terbakar minggu lepas, lapor Xinhua.

    Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW, Adam Dewberry berkata keutamaan mereka ialah merobohkan bangunan itu dengan selamat tanpa merosakkannya, termasuk bangunan bersebelahan dan utiliti bawah tanah.

    Pada sidang akhbar kelmarin, Superintenden Detektif Pasukan Polis NSW, Gordon Arbinja memberitahu pemberita bahawa dua gelandangan, yang dipercayai tidur di dalam bangunan itu, masih tidak dapat dikesan.

    “Kami tidak boleh menolak kemungkinan terdapat orang di bawah runtuhan,” kata Arbinja.

    Pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan tentang orang hilang, tetapi penyiasat tidak dapat menyatakan secara pasti tiada sesiapa di dalam bangunan itu.

    Pada 25 Mei, kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan bertingkat di tengah Sydney pada kira-kira 4 petang waktu tempatan. – Bernama

    Sebuah tembok runtuh semasa kebakaran bangunan di Sydney, Australia, pada 25 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda