TOKYO, 12 JUN – Alat kecerdasan buatan akan merevolusikan pendidikan seperti yang terjadi pada kalkulator, tetapi tidak akan menggantikan pembelajaran, kata pengasas ChatGPT, Sam Altman memberitahu pelajar di Tokyo hari ini, mempertahankan teknologi baharu itu. “Mungkin esei yang diberikan untuk dibawa pulang tidak akan lagi sama sepenuhnya,” kata ketua OpenAI semasa berucap di Universiti Keio.

