Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja tanah tanpa kebenaran diberi notis

    Oleh Fadley Faisal

    BELATI, 27 JULAI – Berikutan a-duan yang diterima mengenai rumah yang dilanda banjir di Mukim Sungai Liang, pemilik tanah bersebelahan telah diberi notis oleh Pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) di bawah Seksyen 24 (1), Perintah Kawalan Bangunan 2014, iaitu melaksanakan kerja-kerja tanah tanpa memohon kebenaran dan kelulusan kemajuan seperti yang dikehendaki.

    Pemilik tanah tersebut telah diberi masa selama tiga bulan untuk menghadapkan permohonan bagi perlaksanaan kerja tanah berkenaan.

    Mana-mana individu yang melakukan, atau membenarkan kerja-kerja tanah dilaksanakan tanpa kebenaran dan permit yang sah adalah dikira telah melakukan dua kesalahan yang berasingan yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi $200,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Menurut kenyataan, ABCi menerangkan bahawa kerja tanah boleh menyebabkan atau memberikan potensi yang membahayakan maka ia memerlukan pengurusan yang teliti.

    Oleh itu, tambah kenyataan, jika kerja tanah ini tidak dikendalikan dengan baik, ia akan menyebabkan kesan buruk yang serius terhadap alam sekitar. Kesan ketara daripada nilai bumi yang tidak terkawal adalah peningkatan aliran sedimen yang menyebabkan banjir.

    Orang ramai diminta menghubungi talian hotline ABCi Whatsapp di 8140365 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda