Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Kerjasama antara HR perlu ditingkatkan

    Saya adalah pekerja swasta tempatan.

    Baru-baru ini, terdapat beberapa bekas rakan sekerja saya yang mendapat jawatan di salah satu jabatan kerajaan. Saya tumpang gembira untuk mereka.

    Namun, keadaan menjadi kurang seronok apabila kami mendapat tahu bahawa salah seorang daripada mereka akan bertugas seawal mungkin di jabatan kerajaan tersebut.

    Saya faham, mungkin terdapat kekangan atau dilema yang sedang dihadapinya.

    Iyalah, siapa tidak mahu bergaji besar jika dibandingkan dengan gaji kami di syarikat swasta ini? Maka barangkali atas sebab itu, dia mengambil keputusan untuk bekerja di jabatan kerajaan secepat mungkin.

    Kita sedia maklum, gaji dan manfaat yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk para penjawatnya tidak mungkin dapat diberikan oleh pihak swasta kepada para pekerjanya. Ia seperti langit dan bumi.

    Namun, saya berharap, bahagian sumber manusia (HR) antara pihak kerajaan dan swasta perlu lebih bekerjasama pada masa hadapan. Sebagai contoh, untuk meletak jawatan dari syarikat swasta, pekerja perlu menghormati dasar syarikat seperti memberi notis berhenti kerja. Dan yang paling penting, pihak kerajaan juga perlu mengambil maklum dan menghormati dasar syarikat tersebut.

    Dalam kes ini, jika syarikat swasta tersebut perlu notis tiga bulan awal, bermakna, jabatan kerajaan tidak boleh mula menggaji pekerja tersebut sehingga tamat notis tiga bulan tersebut.

    Apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang berjaya mendapat kerja di jabatan kerajaan. Tahniah!

    Wan Sulaiman

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...